SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Pembinaan sekolah bermula pada 12 November 1993.Projek ini menelan belanja Rm3.3 juta.
Sekolah ini telah didaftarkan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG dengan kod ABA 2050
beralamat di Jalan Raja Musa Mahadi, 31350 Ipoh. Pada 25 Mei 1995 pihak JKR telah menyerahkan
bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Ampang kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

1995 : Pada 1 Mac, Jabatan Pendidikan Negeri telah menghantar 4 orang guru untuk menguruskan
kelengkapan perabot dan kemasukan murid.

1995 : Pada 12 Jun seramai 737 orang murid telah mendaftar masuk. Seramai 25 orang guru, seorang
Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan seorang Pekerja Rendah Am telah dibekalkan.

1996 : Bilangan tenaga pengajar ditambah sehingga 42 orang dengan bilangan murid seramai 1048 orang
dan kelas sebanyak 25 buah.


1997 : Bilangan murid terus meningkat ke angka 1141 dengan tenaga pengajar seramai 45 orang. Sekolah
mendapat seorang lagi Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Tadbir Rendah.

1998 : Januari 1998 bilangan murid terus meningkat menjadi 1241 orang. Sebuah lagi kelas dibuka
menjadikan bilangan kelas sebanyak 26 buah. Sekolah telah dinaikkan ke gred A dan 3 orang
Penolong Kanan telah ditempatkan.

1999 : Tenaga pengajar ditambah menjadi 53 orang; 28 di sidang pagi dan 25 di sidang petang, 2 orang
Pembantu Tadbir N9, 1 orang Pembantu Tadbir Rendah N11, 1 orang Pembantu Am Rendah N13, 2 orang
Pekerja Rendah Awam R11 (1 sambilan) dan seorang Jaga.

2000 : Bilangan murid terus meningkat kepada 1425 orang. 4 kelas lulus dibuka menjadikan sekolah ini
mempunyai 36 bilik darjah iaitu 18 kelas Tahap 1 dan 18 kelas Tahap 11 dengan dua sesi iaitu
Tahap 11 di sesi pagi dan Tahap 1 di sesi petang dengan bilangan guru seramai 61 orang.

2001 : Jabatan Pendidikan telah meluluskan pembinaan satu blok 4 tingkat mengandungi 11 buah bilik darjah,
1 bilik komputer, 1 bilik Sains, 1 bilik Kemahiran Hidup dan sebuah Dewan Terbuka di tingkat
bawah. Projek ini menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pada 14 November 2001 pihak JKR telah
menyerahkan bangunan ini kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

2002 : Pada Januari 2002, sekolah satu sesi telah bermula dengan enrolmen seramai 1325 orang murid dan
63 orang guru

Hak Cipta Terpelihara © SK Seri Ampang
Paparan Menarik : 1024 X 768